Tahniah ! kepada peserta yang telah mengahadiri #HKR112, tunggu PRU13 pula untuk menumbang kerajaan yang zalim

Pages

Friday, 21 December 2012

Akhirnya : Sudah Sampai


Wah, tidak seperti biasa, pesanan pada kali ini boleh dikatakan pantas, sehingga aku pun tidak tergerak untuk memeriksanya di laman sesawang nya sekerap mungkin.

Bunyi hon yang bingit dari luar dengan diulang beberapa kali membuat aku rasa ingin tahu siapakah dan apakah tujuan nya seolah –olah  beliau ingin memanggil aku dan memaki aku, aku bangkit dari katil aku seperti raja yang digerakkan dari tidurnya, membuak-buak perasaan marah.


Masa berhampiran dengan pintu rumah, aku sudah nampak van berlogo Pos Laju. “Argh?, sudah sampai ke pesanan aku, hanya dua hari?, tetapi kenapa kali van dan tidak posmen-posmen yang membawa motorsikal ?, hati penuh tanda tanya sehinggalah aku nampak perkara yang sebenarnya. Rupa-rupa nya orang yang membawa van posmen itu adalah kawan sekerja aku dulu.




Hati aku tergelak dan sedikit terkejut, sambil tersengih menyapa beliau, maklumlah sudah hampir berbulan-bulan tidak jumpa, sehingga kan kenduri kawin pun tidak tahu tarikhnya.


Sambil berborak-borak, mata sedikit liar dek kerana perasaan terlalu ingin tahu bagaimana sistem pos itu berjalan. Aku lihat seperti satu alat, seperti Scan bar ala-ala kedai-kedai seperti Giant, Mydin atau pasar-pasar besar. “Oh, begitu rupanya sistem pos”. Selepas penerima berjaya menerima barang, alat yang digunakan tadi akan menghantar ke laman sesawang nya bagi mengemas data-data terkini.


Kami menamatkan perbualan kerana beliau masih lagi dalam waktu bertugas…

0 komen:

Post a Comment