Tahniah ! kepada peserta yang telah mengahadiri #HKR112, tunggu PRU13 pula untuk menumbang kerajaan yang zalim

Pages

Wednesday, 2 January 2013

LPU Mara Di Pulau Pangkor,

Sebelum Perjalanan

Map picture
Pada pagi sebelum bertolak ke Puteri Bayu Beach Resort, kami di beritahu tentang jadual perjalanan iaitu pada pukul 11.30am oleh pembawa berita kami Khalid, hati kecil ini sangat gembira akan berita ini, masakan tidak, pada malam sebelum bertolak mata kami dihidang kan dengan perlawan bola antara Barcelona VS Chealse dan berakhir pada pukul 5.00 pg!. Begitu layu lah pada keesokan paginya dek kerana melayan bola yang sumbang.



Sedang asyik menyiapkan makanan segera pagi itu, satu panggilan telefon dari sahabat yang IMG_3679menyuruh untuk turun ke bawah kerana van telah siap menunggu bagi bertolak. Hati terkejut beruk bagai dijerkah kerana persiapan yang sepatutnya disiapkan pada awal lagi tetapi tiada satu pun lagi barang yang dikemas, tetapi mee segera yang sedang dimasak itu mana
mungkin ku lepaskan. Dengan keaadan begitu , maka aku terpaksa melakukan dua kerja dalam satu masa, makan mee segera dan mengemas barang. Rasa sedikit marah meyesal dan lucu kerana waktu yang diberitakan adalah sepatutnya 11.30am pagi tetapi perjalanan pagi itu satu jam lebih awal
 
 IMG_3710Asyik dengan tidur, mata sekali lagi dikejutkan dengan kemalangan ngeri  yang mana lori yang terbabas dan terkeluar dari jalan nya. Lori seberat 15 tan itu membawa balak yang entah dari mana menghempap terus ke bahagian hadapan, sahabat menyapa dengan kata yang mengerikan “Ada orang mati”. Mata mata meliarkan pandangan tetapi van terus bereadar  tanpa melihat apa yang berlaku. Tepat pada pukul 12 .00 kami tiba di Marina Island, Kami tidak membuang masa begitu sahaja, kamera berdefinasi tinggi terus dicapai dan “sessi bergambar syok sendiri” dijalankan.Begitulah perlakuan kami seperti keanak-anakan sedikit, masakan tidak, inilah kami pertama kami sampai ke tempat begini.

IMG_3764Selepas berjam-jam menunggu feri, akhirnya feri melabuh dan menampakkan dirinya. Kami tidak membuang masa lagi, gapai beg dan terus menaiki feri, sekali kami syok sendiri,ha3.Khalid yang dibuai oleh angin –angin sepoi itu tiba –tiba mendiamkan diri nya. Mungkin ada sebilangan kami yang perasan akan perihal itu, tetapi tiada yang ingin menyapa sehinggalah Pengajar kami menegur “Ai Khalid, tak kan la mabuk laut kut”, tegelak kami rupa nya khalid mabuk laut. Perjalan dari Marina Island tidak begitu jauh sangat sehinggakan boleh dilihat dari seberang sahaja, itulah yang membuatkan kami tergelak dengan perlakuan Khalid itu.
Bersambung Bahagian II

Jeti Marina Island
IMG_3715  IMG_3732 IMG_3746 IMG_3754 IMG_3755 IMG_3761
Klik gambar untuk membesarkannya



0 komen:

Post a Comment