Assalamualaikum dam salam sejahtera keatas kalian,
Pada minggu lepas, saya ada membeli modem untuk broadband, dan ini lah kali pertama saya membeli secara talian di forum yang agak terkenal juga di Malaysia ini, CariGold.com. Adalah mustahil sekiranya anda seorang yang aktif berforum tidak mengenal forum ini. Mungkin perasan takut ini perkara biasa yang dihadapi bagi pembeli yang melakukan pembelian secara talian, tapi kita boleh selidik terlebih dahulu melalui testimoni yang diberikan kepada penjual. Ok, saya jumpa satu penjual yang menjual modem pada harga sangat murah, selepas diselidik ternyata penjual yang menjual itu boleh dipercayai. Saya tidak membuang masa, terus menghubungi penjual itu.
Tetapi ini bukan berkisar apa – apa penjual atau perkara sedemikian, straigt to the point, saya masih lagi dalam keraguan dalam pemilihan telko yang bersuaian dan betul-betul memenuhi kehendak.Selepas review dan BlogWalking di atas talian saya memutuskan untuk memilih Celcom. Oleh kerana saya lambat untuk membuat keputusan akhirnya malam semakin menggelap. Kedai –kedai yang berdekatan telah menamatkan operasinya atau kata mudah sudah tutup.Ha3. Tapi saya ada terjumpa satu kedai yang tak asing disini.
Sambil membelek-belek, saya ada perasan Digi Limited Edition Prepaid Internet Turbo 3G Compatible, membuatkan mata sukar untuk memerhati di lain, Hati betul di dalam dilema, masakan tidak, pelan yang ditawarkan sedikit mahal berbanding Pek-pek lain iaitu berharga RM16.00, jika dibandingkan dengan pek-pek lain iaitu hanya berharga serendah RM8.80. Damn!!, macam mana pula aku boleh terlupa untuk selidik terlebih dahulu di internet. Dengan bermodalkan RM16.00 saya terpaksa menawaran hati untuk mengeluarkan wang untuk mendapatkannya. “Harap-haraplah laju dan murah”
Setiba di rumah, saya dengan tergopoh-gopoh untuk mencubanya, tetapi sayang, no yang dibeli itu masih belum diaktifkan, perasaan keterujaan sangat membuak-buak di dalam diri, he3. Kali pertama menggunakan jalur lebar tanpa wayar, masakan tidak. Selepas no yang dibeli didapati telah aktif, akhirya saya telah berjaya membut sambungan kepada internet. Macam mana hasilnya??.Anda rasa telko mana yang terbaik ye?
Sila Baca Sini Untuk Review DiGi Limited Ediition Prepaid Internet (Akan Datang)
0 komen:
Post a Comment