Tahniah ! kepada peserta yang telah mengahadiri #HKR112, tunggu PRU13 pula untuk menumbang kerajaan yang zalim

Pages

Saturday, 5 January 2013

Membancuh bahan bakar dan 2t pada fuel mixing botle


Ok, ini bukan tutorial atau nak ajar apa-apa, sekadar menulis nota-nota yang tidak ditulis di dalam manual supaya aku boleh merujuk semula atau orang lain yang masih di dalam kebingungan seperti aku.. Kisah aku memotong akan ku kongsi bila ada masa. Pada ketika artikel ini ditulis, harga mesin rumput sekarang ini tidak lah begitu mahal, iaitu berharga RM370 mengikut tempat. Ianya adalah harga mampu milik dan berbaloi untuk membelinya

REC_0123 
Enjin mesin rumput memerlukan campuran antara bahan bakar (petrol) dan minyak 2T. Tetapi kita tidak perlu risau dengan campuran minyak itu kerana setiap pembelian Mesin rumput terdapat ‘Fuel Mixing Botle’ yang disediakan.

REC_0255.AVI_000034819

Penggunan botol ini sangat mudah dan ianya menjimatkan masa kerana kita tidak perlu mengukur sebanyak mana minyak 2T yang diperlukan. Perlu diingatkan, setiap mesin rumput mempunyai nisbah yang berlainan. Pada kebiasaanya mesin rumput memerlukan campuran minyak dan 2T sebanyak 30:1, sila rujuk manual anda bagi nisbah yang sebenar bagi pemotong mesin rumput anda.

Masukkan minyak sebanyak mana yang anda perlukan mengikut aras yang ditulis pada botol, sekiranya anda mengisi minyak sebanyak 10, anda perlu mengisi minyak 2T sebanyak 10 juga, begitulah juga pada ukuran lain,

REC_0255e

Bagi botol seperti diatas ini, anda  perlu pastikan takat minyak 2T kerana setiap bahagian takat botol ini adalah berbeza nisbahnya.

REC_0255.AVI_000016175

Ini hasil sebelum dan selepas memotong rumput. Sebenarnya masih belum siap…he3

REC_0127
 REC_0129


REC_0256.AVI_000008087

Semoga berjaya memotong rumput.He3

1 comment:

  1. Ape khbr bro...nk tanya campuran utk moto pocket bike 600 Ml minyak petrol berapa nisbah 2T..mohon pencerahan..tq

    ReplyDelete